Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2025

Hari Bumi

Imej
Oleh   Nasrollah Ali  Hari Bumi  merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di  hemisfera utara , dan musim luruh di  hemisfera selatan . Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar.  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika  ekuinoks , iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada  22 April . Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di  Seattle ,  Washington , Senator A.S.  Gaylord Nelson  mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di s...