Balai Cerap Selangor
Oleh Hamidin dan Nadzri
ANGKASA DAN CAKERAWALA
Biasanya, jika sebut tentang Sabak Bernam mesti kita akan bayang percutian santai di tepi pantai Bagan Nakhoda Omar sambil melihat desiran ombak. Kita juga tahu, kawasan rehat juga terkenal untuk memancing laut pantai. Pantai paya bakau yang ada peluang penternakan ikan juga.
![]() |
Lobi Balai Cerap |
Kerajaan negeri telah meluluskan pembinaan Balai Cerap Selangor di atas sebidang tanah milik MAIS. Teropong cakerawala dulu dilakukan di Planetrium. Kini saya telah mengikuti program seminar 3 hari di Sungai Lang.
Namun, selain daripada aktiviti yang dinyatakan, anda juga berpeluang “meneropong” bintang dan matahari di Sungai Lang Sabak Bernam. Lokasinya di Balai Cerap , terletak berhampiran dengan Institut Perakaunan Negara..
Menariknya, teleskop yang terdapat di balai cerap ini adalah yang jenama Takahashi berbanding jenama MEADE dan tercanggih di Asia Tenggara! Balai cerap ini mengalu-alukan kedatangan orang ramai untuk merasai pengalaman melihat keajaiban alam semesta dengan lebih dekat.
Apa yang anda perlu tahu tentang balai cerap ini?
Balai Cerap dibuka setiap hari dan hanya 30 orang sahaja yang dapat memasuki balai cerap tersebut dalam satu masa. Pengunjung boleh menjalankan aktiviti cerapan matahari pada jam 3 hinga 5 petang, manakala cerapan bintang pada jam 10.30 hingga 12 tenah malam.Malah surau disediakan dan ruang lobi pameran di tingkat bawah. Pelajar boleh lihat sendiri informasi dengan lebih bak.
Pengunjung yang ingin merasai pengalaman mencerap alam cakerawala boleh menikmati selera dan ikan bakar di Pantai Bagan Nakhoda Omar yang berkonsepkan eco-tourism kerana jika di sana pengunjung diberi pas akses ke balai cerap sahaja. Jika tidak bermalam di sana, anda masih boleh lakukan aktiviti mencerap tetapi dikenakan bayaran yang berpatutan.
Jumlah peserta hanya 21 orang yang hadir berbanding 30 orang yang dijangka hadir. Kursus disampaikan oleh Prof Dato Hj Zambry Zainuddin. UM. Tempat penginapan disediakan di Institut Latihan Dakwah Selangor. ILDAS. di Sabak Bernam. Balai Cerap Selangor hanya 20 km drp pekan.
wasalam.
Email mohd.nazdri38@gmail.com
BalasPadam