Kempen Anti Rasuah
Kesedaran Anti Rasuah Nasional Klip temubual Dato Akhbar Sattar Pendidikan merupakan salah satu daripada tiga strategi SPRM. Pelaksanaan strategi ini berdasarkan peruntukan undang-undang berikut: Seksyen 7(g) Akta SPRM 2009 - mendidik orang ramai menentang rasuah Seksyen 7(f) Akta SPRM 2009 - mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah Fokus utama aktiviti pendidikan ialah menyampaikan maklumat antirasuah secara berterusan kepada setiap lapisan masyarakat, seterusnya meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah di Malaysia. Program dan aktiviti pendidikan dilaksanakan di seluruh negara melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM (peringkat Ibu Pejabat) dan Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri (peringkat negeri-negeri). Keberkesanan program dan aktiviti masyarakat diukur melalui Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah oleh SPRM yang dilaksanakan setiap tahun. Dapatan kajian ini akan digunakan untuk memperba...