Kempen Anti Rasuah



Kesedaran Anti Rasuah Nasional



Klip temubual Dato Akhbar Sattar

Pendidikan merupakan salah satu daripada tiga strategi SPRM. Pelaksanaan strategi ini berdasarkan peruntukan undang-undang berikut:

  • Seksyen 7(g) Akta SPRM 2009 - mendidik orang ramai menentang rasuah
  • Seksyen 7(f) Akta SPRM 2009 - mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah

Fokus utama aktiviti pendidikan ialah menyampaikan maklumat antirasuah secara berterusan kepada setiap lapisan masyarakat, seterusnya meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat terhadap usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

Program dan aktiviti pendidikan dilaksanakan di seluruh negara melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM (peringkat Ibu Pejabat) dan Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Negeri (peringkat negeri-negeri).

Keberkesanan program dan aktiviti masyarakat diukur melalui Kajian Persepsi Keberkesanan Tindakan Pencegahan Rasuah oleh SPRM yang dilaksanakan setiap tahun. Dapatan kajian ini akan digunakan untuk memperbaiki dan mengukuhkan strategi, pendekatan, serta inisiatif pendidikan dari semasa ke sama.

Objektif Pendidikan
  • Meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009, impak rasuah dan langkah-langkah mencegah jenayah rasuah
  • Memperjelaskan isu-isu semasa berkaitan rasuah bagi mendapatkan sokongan masyarakat terhadap SPRM
  • Membangkitkan kesedaran dan tanggungjawab dalam memerangi rasuah; dan
  • Menyemai nilai integriti dan antirasuah dalam setiap lapisan masyarakat
Pendekatan

SPRM menggunakan dua pendekatan utama dalam mendidik masyarakat mengenai rasuah iaitu:

  1. Program bersemuka
  2. Hebahan mesej melalui saluran media
Kumpulan Sasaran

Pelaksanaan aktiviti pendidikan disasarkan kepada kepada kumpulan-kumpuan berikut:

  1. Agensi Awam 
    Aktiviti/Program antirasuah melibatkan agensi awam/kerajaan dan badan berkanun (sama ada peringkat persekutuan atau negeri) diselaraskan oleh Cawangan Kerajaan, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. Contoh aktiviti adalah Ikrar Bebas Rasuah (IBR), seminar, forum, ceramah, bengkel, program turun padang, lawatan ke SPRM dan lain-lain.
  2. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) 
    Aktiviti/Program antirasuah melibatkan syarikat berkaitan kerajaan(sama ada peringkat persekutuan atau negeri) diselaraskan oleh Cawangan GLC, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah Ikrar Bebas Rasuah (IBR), seminar, forum, taklimat liabiliti korporat, bengkel, program turun padang, lawatan ke SPRM dan lain-lain.
  3. Swasta
    Aktiviti/Program antirasuah melibatkan sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan, sama ada syarikat tempatan atau luar negara diselaraskan oleh Cawangan Swasta, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah Ikrar Bebas Rasuah (IBR), seminar, forum, taklimat liabiliti korporat, bengkel, program turun padang, lawatan ke SPRM dan lain-lain.
  4. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Politik 
    Aktiviti/Program antirasuah melibatkan Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli politik diselaraskan oleh Cawangan Sosiobudaya, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah Ikrar Bebas Rasuah (IBR), seminar, forum, ceramah, bengkel, program turun padang, program kemasyarakatan dan lain-lain.
  5. Pelajar Universiti/ Institusi Pendidikan Tinggi 
    Aktiviti/Program antirasuah melibatkan pelajar institut pendidikan tinggi awam dan swasta diselaraskan oleh Cawangan Universiti, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM.
  6. Murid Sekolah Rendah dan Menengah 
    Aktiviti/Program antirasuah melibatkan muris sekolah rendah dan menengah diselaraskan oleh Cawangan Sekolah, Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM. 
    Program utama yang dilaksanakan adalah Wira Anti Rasuah (WAR). Program yang bermula tahun 2014 ini adalah hasil kerjasama antara SPRM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Maklumat Lanjut Skuad Sinar






 

Ulasan