Selangor Bersih.
oleh ANadztasia
Kempen Tanpa Plastik
Dalam bulan ini ada segmen yang perlu dilakukan dalam konsep Mesra Alam dalam persekitaran kita. Oleh itu pihak kerajaan tempatan berusaha menjaga kesihatan dan konsep tersebut untuk kepentingan masyarakat tempatan. Di samping itu pelbagai agenda mesra rakyat di lakukan seperti kempen 'Kempen Bebas Plastik'.
Sambutan hari Kemerdekaan tahun ini dirancang dengan mengisi konsep kemerdekaan melalui prinsip Mesra Alam Sekitar bersama masyarakat tempatan di negeri Selangor amnya.
Kerajaan Selangor sedang dalam fasa terakhir meminda undang-undang kecil yang berkaitan untuk menyeragamkan pelaksanaan inisiatif “Hari Tanpa Beg Plastik” di semua 12 PBT di negeri itu. Pengerusi jawatankuasa kesihatan awam dan alam sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin berkata langkah itu adalah sebahagian daripada pendekatan serampang tiga mata untuk menangani pencemaran plastik di negeri ini secara sistematik dan komprehensif. “Proses pindaan itu dijangka selesai tahun ini, dengan penguatkuasaan lebih meluas ‘Hari Tanpa Beg Plastik’ akan dimulakan awal tahun depan,” katanya semasa majlis Kempen Tanpa Plastik, yang dirasmikan oleh menteri besar Selangor Amirudin Shari di sini hari ini. Jamaliah berkata kerajaan negeri akan menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai pihak bagi memastikan kejayaan kempen tanpa plastik itu. “Sebagai contoh, hadir bersama kita hari ini adalah pelbagai pihak yang memainkan peranan penting dalam menangani pencemaran plastik melalui inisiatif kesedaran, inovasi kitar semula,
Usaha kitar semula dan penyediaan alternatif mesra alam, sekali gus menyokong gaya hidup yang mampan dan bebas plastik,” katanya. Sementara itu, Jamaliah berkata kerajaan negeri akan terus memperkukuh usaha mempromosikan gaya hidup bebas plastik dan mesra alam melalui inisiatif di peringkat majlis tempatan, sebagai tindakan yang baik.
Pemerhati. :: Nasrullah Ali. @ Nadzri Abd (MBPJ)
Ulasan
Catat Ulasan