Langkau ke kandungan utama

Ekspedisi Kembara





Puncak Kinabalu


GUNUNG Kinabalu merupakan antara gunung yang paling digemari pendaki dari seluruh dunia. Dengan ketinggian 4,095 meter dari paras laut, ia tentunya memberi cabaran tersendiri bagi mereka yang gemar aktiviti lasak dan pendakian.
Tetapi bukan itu sahaja keistimewaannya. Kami berikan enam lagi sebab mengapa Gunung Kinabalu menjadi lambang kemegahan bukan sahaja rakyat Sabah, tetapi Malaysia keseluruhannya.
1) Taman Negara Kinabalu disenarai dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2010 dan ia merupakan lokasi pertama di Malaysia berada dalam senarai berkenaan. Tentunya, tarikan utama di sini ialah Gunung Kinabalu yang berdiri megah sebgai antara kemuncak tertinggi di Asia.
2) Gunung Kinabalu yang terdiri daripada batuan beku dan kubah granit berbentuk bujur yang terbentuk ketika magma pecah ke permukaan kerak bumi jutaan tahun yang lalu, dianggarkan berusia lebih 10 juta tahun yang lalu. Terdapat species 5000 lebih flora fauna di sana.
3)  Suhu di Taman Negara Kinabalu yang terletak 1,563 meter dari paras laut adalah antara 15 ° C-24 ° C. Cuaca boleh menjadi sangat panas pada siang hari tetapi lebih sejuk pada waktu malam. Di Laban Rata, yang terletak 3,270 meter dari paras laut pula, suhu adalah sekitar 6 ° C-14 ° C tetapi adakalanya boleh mencecah hampir beku pada waktu malam. Waktu paling sesuai untuk mendaki Gunung Kinabalu ialah Februari, Mac dan April di mana hujan lebih sedikit berbanding bulan-bulan lain.



6 hari gunung Tahan
Pendakian gunung Kinabalu

Visited 2016
Pendakian Ledang 4 hari.


- Ahmad Marsany 
- Azfisha Rashad
- Syed Izmir
- Azani Jusoh
- Hafiz Zainuddin
- Shahrol Azrin- 
- Syed Saddiq
- Nadzri Abdullah

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Agenda Unicef

About myself

Marina Eco Height