Oleh Nazri Abdullah
Kepentingan Air Dalam Kehidupan..
Selepas dekad 20 kita telah mencapai nikmat kemakmuran hasil kemerderkaan negara selepas pasca penjajahan British.Banyak perubahan hidup dan pembangunan ekonomi selepas pemenrintahan kerajaan selepas Dasar Ekonomi Baru hingga kini. Dengan ini kemudahan asas penting untuk dipelihara serta dijamin kualiti seperti bekalan air bersih ,jalanraya dan kemudahan pendidikan.
Hasrat kerajaan untuk memajukan negara melalui wawasan 2020
berjaya dengan berlaku banyak rancangan projek kepentingan rakyat
dimajukan termasuk sumber air dan tenaga hidro electrik. Malah kita
harus berbangga selepas dilanda kepayahan hidup ketika zaman kolonial
serta kemiskinan di kalangan penduduk pendalaman termasul kampong asli.
Kepentingan sumber air perlu dipelihara bagi mengelakkan kualiti alam
terjamin serta tidak ganggu gugat oleh pihak kapitalis perniagaan. Kini
banyak jenama air mineral dipasaran tempatan hingga mencetuskan rasa
curiga terhadap kos harga dan juga kebaikan kepada pengguna.
Berdasarkan maklumat sumber air di Selangor terdapat 7 kawasan tadahan air yang boleh membekalkan air kepada rakyat . Ianya harus dipantau sentiasa bagi mengelakkan pencemaran air sungai dan juga rawatan bekalan daripada kemarau melanda. Kita harus bersyukur bekalan air bersih boleh diminum selamat dan kos tarif air masih murah berbanding negara maju. Pernah juga aduan tentang masalah gangguan air atau paip pecah di kalangan pengguna awam. Jabatan Meteorologi meramalkan purata hujan paling tinggi adalah pada November iaitu antara 250 hingga 370 milimeter (mm).
Kepentingan air juga penting untuk sektor pertanian dan perniagaan. Contohnya bidang pertanian perlukan saliran air yang baik untul kesuburan tanah termasuk penjagaan haiwan ternakan. Kini banyak perniagaan air jalanan sebagai sumber rezeki jualan. Malah ada perniagaan minuman berjaya membawa kejayaan kepada ekonomi seperti air tin karbonat dan air mineral osmosis. Harapan kita ianya boleh berikan kesan positif terhadap kesihatan manusia termasuk penjagaan diri supaya sihat sentiasa.
Lantas itu semoga kualiti air perlu dipelihara termasuk
kualiti udara bagi tercemar hingga jadi masalah pada masa depan.
Teknologi moden juga boleh membantu manusia dengan adanya mesin penapis
air dan juga alat penapis di rumah. Pengguna dapat menjaga kesihatan
diri dengan kualiti air yang baik dan selamat. Hidup masyarakat secara
holistik boleh dirasai sekiranya mutu alam sekitar amat bersih dalam
kitaran air kehidupan manusia. Antara kepentingan air ialah mengawal
suhu badan, metabolisme , penyampaian nutrien dan penyahtoksikan.
Dengan akhirnya menjelang tahun 2020 ini kita berharap cita
cita ketajaan dicapai untuk menwujudkan slogan Malaysia Bersih. Sayangi
Malaysiaku.
Ulasan
Catat Ulasan