Pusat Ekonomi Digital

 

Pusat Ekonomi Digital


Pusat Ekonomi Digital(PEDi) Bantu Promosi Produk Kampung Dan Pendalaman Ke Pasaran Lebih Meluas

Sabak Bernam 14 JAN: Pusat Ekonomi Digital (PEDi) merupakan antara platform berkesan untuk mempromosikan produk-produk istimewa yang diusahakan oleh penduduk kampung khususnya di kawasan pedalaman. Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching berkata melalui PEDi sesiapa sahaja yang berminat boleh mempromosikan produk mereka secara dalam talian yang dapat menjangkau pasaran yang lebih luas. “PEDi boleh membantu mendidik dan mengajar orang-orang kampung tentang kemahiran asas komputer… Ia juga dapat membantu orang kampung tentang e-dagang. “Pusat ini membantu sesiapa sahaja yang minat berniaga dalam talian. Ada kelas latihan untuk ajar mereka bagaimana nak promosi produk mereka,” katanya selepas mengadakan lawatan ke PEDi Kampung Sentul Patah di sini, hari ini.

Beliau berkata usaha itu selaras dengan hala tuju dan hasrat Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam mempromosikan ekonomi digital supaya lebih ramai pengusaha terlibat dengan perniagaan dalam talian. Teo berkata terdapat 911 PEDi yang beroperasi di seluruh negara setakat ini, dan lawatan beliau hari ini merupakan yang pertama ke pusat itu untuk lebih memahami tentang fungsi dan peranan PEDi dalam komuniti setempat. “Saya rasa sangat gembira kerana PEDi dapat membantu orang-orang kampung.


Sijil kursus E-Digital

Ucapan YB Syed Saddiq Program Youth Club di Sabak Bernam.



PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB CHIEF DIGITAL OFFICER (CDO)

1) Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analitis dan teknologi digital.

2) Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital.

3) Mentransformasi penyampaian perkhidmatan digital di kementerian/ agensi berfokuskan pengalaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul.

4) Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Agenda Unicef

About myself

Marina Eco Height