Muzium Kesenian Islam

Oleh Nur Elyana Abdul


Dibina oleh hartawan bumiputera, Tan Sri Syed Bukhari, muzium seni Islam ini bukan sahaja yang terbesar di Asia Tenggara.

Tapi dianggap sebagai muzium terbaik di Malaysia telah mulai beroperasi pada tahun 2005 dahulu.

Jadi kalau anda sudah khatam dengan muzium negaramuzium tekstilmuzium ilusi dan muzium selfie ini muzium yang wajib anda lawat.

tempat simpan belerang peluru muzium islam
Tiket Lawatan orang  awam.

Kanak-kanak berumur 6 ke bawah: Percuma

Harga TiketDewasa (RM)Kanak-Kanak (RM)
Warganegara2010
Pelancong Asing2010
Harga tiket walk-in dikemaskini sehingga : 2 Jan 2024

Waktu Operasi

Isnin – Ahad : 9:30 pg – 6 ptg
Tutup semasa hari raya Aidilfitri, Aidiladha
Nota: Restoran tutup pada Isnin

Galeri artifak 

Antara artifak yang dipamerkan termasuklah model masjid-masjid di seluruh dunia, termasuk Masjidil Haram di Mekah dan kitab suci Al-Quran bersaiz sebesar ibu jari anda.

Ya! Jangan tak percaya!

Muzium Kesenian Islam - tempat menarik wajib di kuala lumpur untuk orang tempatan dan pelancong asing

Kalau muzium Islam luar negara banyak menumpukan seni dari Parsi atau Timur Tengah, muzium persendirian ini pula menekankan hasil seni orang Islam dari sebelah Timur — seperti dari India, China dan negara-negara Asia Tenggara. Jumlah keseluruhan 7000 artifak yang diwartakan dalam muzium tersebut.

Kalau yang bukan Islam pun datang dan kagum, malu lah jika anda yang Islam cuma melawat kedai kasut sahaja sepanjang di Kuala Lumpur.

Tips Muzium

  • Kunjungi Bilik Uthmaniyyah – seni dalaman bilik Uthmaniyyah bertarikh 1820 – 1821 Masihi yang dibina semula. Lihat juga Galeri Senjata dan Perisai.
  • Jika ada bajet, makan tengahari di restoran Arab di muzium ini. Restoran makanan Arab di sini telah dinobatkan sebagai Restoran Timur Tengah Terbaik oleh Jurnal Halal Mihas pada tahun 2005/2006.
  • Masjid NegaraTaman Burung KL dan Muzium Polis tak jauh dari muzium ini. Anda boleh melawat dan bersolat berjemaah di Masjid Negara selepas kunjungan ke muzium ini dan tahan teksi untuk pulang ke hotel dari situ.

cenderamata di muzium islam kl


Semoga ianya berikan kepuasan serta wadah kebaikan sejarah tamadun Islam yang dipelihara dengan baik Dan dihormati generasi  baru.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Agenda Unicef

About myself

Yayasan MADAD