EKUINAS

 

EKUITY NASIONAL

Pada 30 Jun 2009, menurut Perdana Menteri Najib Razak bahawa Ekuiti Nasional Berhad merupakan institusi pelaburan baru dengan modal permulaan RM500 juta dan sasaran dana sehingga RM10 bilion menggantikan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun yang sepatutnya berada pada sasaran 30 peratus. Dana yang diperolehi adalah dana ekuiti swasta yang akan menumpukan pelaburan di dalam sektor-sektor berpotensi mengalami pertumbuhan tinggi – pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perubatan, minyak dan gas serta bioteknologi dan berbeza sama sekali dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang memberi tumpuan kepada pelaburan saham amanah. Ekuinas akan memberi tumpuan untuk meningkatkan pelaburan syarikat bumiputera berpotensi yang mana penyertaan bumiputera menerusi Ekuinas akan dibuat berasaskan merit.

Penubuhan Ekuinas akan membantu menebarkan taburan ekonomi yang adil kepada masyarakat. Bagi Naib Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Shawaludin Mohd. Din berkata, semua pihak harus bersikap positif dan tidak mengamalkan sikap terlalu melindungi kepentingan bumiputera sehingga menjadi rintangan kepada pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Manakala bagi presidennya Datuk Ibrahim Ali, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) menyambut baik langkah meliberalisasi dasar ekonomi negara menegaskan, pelaksanaan itu perlu dilakukan agar dapat disesuaikan dengan keupayaan kaum bumiputera untuk bersaing di peringkat ekonomi global sekarang dan mengingatkan kerajaan agar melakukan liberalisasi kepentingan bumiputera secara berhati-hati dan berperingkat dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

Terkini pegawai eksekutif dilantik ialah Aliff b Mohamad Omar
https://www.ekuinas.com.my/images/media-centre/news/2025/utusancommy-2025-05-25-aliff-omar-dilantik-ketua-pegawai-eksekutif-ekuinas.pdf




https://www.ekuinas.com.my/about-ekuinas/about-the-firm

Pejabat urusan di  16th level, Surian Tower, Mutiara Damansara.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Agenda Unicef

About myself

Marina Eco Height