Catatan

Kota Anggerik

Imej
Bunga Anggerik Anggerik harimau atau orkid harimau, dengan nama saintifik Grammatophyllum speciosum, ialah spesies anggerik yang tempatan dii Laos, Myanmar, Thailand, Vietnam, Borneo, Indonesia  (Sumatera, Jawa, Sulawesi) dan Malaysia. Ia turut dicatatkan di Filipina, New Guineadan Kepulauan Solomon. Ia disenaraikan oleh Guinness Book of World Records sebagai anggerik terbesar di dunia, dengan spesimen dicatatkan berketinggian hingga 7.62 meter . tumbuhan sakat dan kadang-kadang litofit, yang membentuk berkas akaryang gah. Bebawang semu tetoraknya boleh tumbuh sepanjang 2.5 m. Ia boleh tumbuh dalam rumpun yang besar seberat daripada beberapa ratus kilogram ke lebih daripada satu tan. Satunya yang dihimpun pada 1893 oleh Frederick K. Sander & Co. berdekatan Pulau Pinang di Malaysia seberat setan panjang (=setan metrik). Setengahnya dihantarkan ke Pertunjukan Columbia di Chicago dan setengah yang lain ke Kebun Bunga Singapura. Dekat 1902, spesimen Singapuratumbuh lebih 47 kaki (1...

Selangor Bersih.

Imej
 oleh ANadztasia Kempen Tanpa Plastik  Dalam bulan ini ada segmen yang perlu dilakukan dalam konsep Mesra Alam dalam persekitaran kita. Oleh itu pihak kerajaan tempatan berusaha menjaga kesihatan dan konsep tersebut untuk kepentingan masyarakat tempatan.  Di samping itu pelbagai agenda mesra rakyat di lakukan seperti kempen 'Kempen Bebas Plastik'. Sambutan hari Kemerdekaan tahun ini dirancang dengan mengisi konsep kemerdekaan melalui prinsip Mesra Alam Sekitar bersama masyarakat tempatan di negeri Selangor amnya.  Kerajaan Selangor sedang dalam fasa terakhir meminda undang-undang kecil yang berkaitan untuk menyeragamkan pelaksanaan inisiatif “Hari Tanpa Beg Plastik” di semua 12 PBT di negeri itu. Pengerusi jawatankuasa kesihatan awam dan alam sekitar negeri Jamaliah Jamaluddin berkata langkah itu adalah sebahagian daripada pendekatan serampang tiga mata untuk menangani pencemaran plastik di negeri ini secara sistematik dan komprehensif. “Proses pindaan itu dijangka ...

EKUINAS

Imej
  EKUITY NASIONAL Pada 30 Jun 2009, menurut Perdana Menteri  Najib Razak  bahawa Ekuiti Nasional Berhad merupakan institusi pelaburan baru dengan modal permulaan RM500 juta dan sasaran dana sehingga RM10 bilion menggantikan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) sehingga menyebabkan ia tidak berganjak daripada paras 19 peratus selama 19 tahun yang sepatutnya berada pada sasaran 30 peratus. Dana yang diperolehi adalah dana ekuiti swasta yang akan menumpukan pelaburan di dalam sektor-sektor berpotensi mengalami pertumbuhan tinggi – pelancongan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perubatan, minyak dan gas serta bioteknologi dan berbeza sama sekali dengan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang memberi tumpuan kepada pelaburan saham amanah. Ekuinas akan memberi tumpuan untuk meningkatkan pelaburan syarikat bumiputera berpotensi yang mana penyertaan bumiputera menerusi Ekuinas akan dibuat berasaskan merit. Penubuhan Ekuinas akan membantu menebarkan taburan ekonomi yang adil ke...

Peka : Merdeka

Imej
  Oleh.  Che Nadzri Kempen Kesihatan Saringan Percuma. B40.  Sempena bulan kemerdekaan kempen kesedaran kesihatan Madani pihak berkenaan menganjurkan Skim Perubatan Madani di kawasan Mukim Sabak dan Batu 38.  Setakat ini jumlah peserta yang terlibat hanya 2 orang doktor serta beberapa urusetia yang terlibat dalam program yang dianjurkan. Dr Jameela adalah doktor perubatan yang diundang khas. Program berlansung jam 10 pagi hingga 4 petang. . Saya berkesempatan mendaftar diri untuk ujian berat BMI dan air kencing sebelum hadirin menjamu selera dan pulang.

Hari Bumi

Imej
Oleh   Nasrollah Ali  Hari Bumi  merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di  hemisfera utara , dan musim luruh di  hemisfera selatan . Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar.  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika  ekuinoks , iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada  22 April . Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di  Seattle ,  Washington , Senator A.S.  Gaylord Nelson  mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di s...

Seni Silat

Imej
    Kejuaraan Wira Silat 2024 Tidak disangka kalender penghujung tahun ini terdapat program jarang sekali dijalankan setiap tahun. Kali ini kejuaraan Wira Silat 2024 di Sabak Bernam adalah penglibatan ahli seni silat muda daripada peringkat usia bawah 12 tahun. Mengikut tinjauan dilakukan pertandingan dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Gayung Selangor peringkat daerah Sabak Bernam bertempat di Dataran Dewan Rajawali, Taman Berjaya, Sabak. Jumlah peserta agak ramai melebihi 300 orang termasuk beberapa penyokong sebagai tukang sorak bagi merancakkan acara silat yang berlansung 2 hari sejak 14 & 15 Disember, 2024. Peserta terdiri kumpulan persilatan. Pertandingan Wira Silat. 2024 - Seni Silat Hj Dorani - Seni Silat Panglima Hitam - Seni Silat Pro Elite - Seni Silat Gayung Sembilan. - Seni Silat Batu Arang. Apa yang menarik adalah terdapat beberapa aspek dalam seni silat termasuk jenis seni olahraga yang dijadikan peraturan pertandingan kali. Pengadilan dikira mengikut pemer...

Arena Bola

Imej
Faris Fairudze Teknikal Bolasepak . Kemahiran yang perlu dikuasai dalam permainan bola sepak termasuklah menendang, menyerkap, menanduk, melakukan hantaran, mengelecek dan menjaga gol. Menendang Tendangan yang baik dapat dihasilkan dengan menggunakan teknik yang betul. Seseorang pemain juga dapat menendang dengan baik sekiranya mempunyai kekuatan otot dan kuasa yang baik di bahagian kaki. Menendang bertujuan untuk melakukan hantaran kepada rakan sepasukan, melakukan tendangan sudut atau tendangan bebas, mengeluarkan bola dari kawasan gol, menjaringkan gol dan melakukan sepakan penalti.    P ada asasnya terdapat tiga jenis tendangan iaitu tendangan leret, tendangan lambung dan tendangan voli. i) Tendangan Leret Tendangan leret dilakukan apabila membuat hantaran dekat dan menjaringkan gol. Terdapat 15 asas teknik bolasepak. - tendang leret - tendangan jauh - tendangan gol - sepakan pendek - sepakan overlaping - sepakan sudut - sepakan percuma - sepakan penalti - sepakan g...